Perang Dunia II Peperangan_anti-kapal_selam

Kemunculan Semula Kapal Selam Unterseeboot Jerman Sebagai Senjata Bahaya

Kapal selam Type VII Jerman yang banyak Digunakan Semasa Perang Dunia II

Peperangan Anti-anti kapal selam menjadi komponen utama Pertempuran Atlantik. Negara Jerman mempunyai pasukan kapal selam yang paling besar di dunia ketika itu. Kriegsmarine yang dihadkan bilangan kepada 6 buah kapal perang besar kurang daripada 10,000 tonne, buah kapal kruiser dan 12 kapal pembinasa oleh Perjanjian Versailles mengatasi masalah kekangan ini dengan membina kapal selam (Unterseeboot) yang tidak dikawal pembinaannya.

Winston Churchill, Perdana Menteri Britain menulis “satu-satunya perkara yang menakutkan saya adalah ancaman kapal selam”. Di peringkat awal perang, kapal selam Jerman amat berkesan memusnahkan kapal-kapal negara-negara Berikat di Lautan Atlantik sehinggakan ke Kanada dan Teluk Mexico. Kapal selam Jerman juga beroperasi sehinggakan ke kawasan Artik dan sejauh Afrika Selatan dan Pulau Pinang.

Kekangan kelajuan dan jarak pelayaran di bawah permukaan laut menggunakan kuasa bateri memaksa kapal selam belayar di atas permukaan laut dan menggunakan enjin diesel untuk kebanyakan masa. Kapal selam hanya menyelam apabila hendak membuat serangan ataupun apabila hendak melarikan diri daripada serangan musuh.

Serangan kapal selam Jerman kebanyakannya dibuat pada waktu malam semasa kapal selam berada di atas permukaan laut. Ketika ini pihak Berikat masih belum mempunyai taktik berkesan memerangi kapal selam, dan ketika ini dikenali oleh krew kapal selam Jerman sebagai masa bergembira (Happy time).

Pertempuran Atlantik

Sebuah Kapal Pengangkut Minyak Meletup Terkena torpedo

Semasa Perang Dunia II, ancaman dari kapal selam muncul semula, khususnya dalam perkhidmatan Kriegsmarine, angkatan laut Jerman dan Tentera Laut Amerika Syarikat. Ancaman kapal selam amat bahaya bagi negara-negara kepulauan seperti Britain dan Jepun yang bergantung kepada pengimportan bahan makanan, minyak dan bahan perang mentah melalui jalan laut. Sungguhpun ancaman demikian, Britain dan Jepun pada awalnya tidak membuat persediaan mencukupi untuk menangani masalah ancaman kapal selam. Pembangunan untuk senjata anti-kapal selam juga tidak diberatkan (khususnya selepas tamat Perang Dunia I). (Ketidaksediaan ini bukan hanya terhad kepada Britain dan Jepun, malahan merupakan satu kelemahan yang meluas termasuk Amerika Syarikat dan Rusia.)

Britain hampir tewas apabila serangan oleh kapal-kapal selam Jerman ke atas konvoi yang membawa bahan bekalan ke Britain berjaya menenggelamkan banyak daripada kapal-kapal yang bahan mentah yang dihantar. Ketidaksediaan Britain memaksa mereka meminta dipindahkan penggunaan 50 buah kapal pembinasa yang sudah usang untuk kegunaan rondaan anti kapal selam (sebagai balasan, Amerika Syarikat diberikan hak penggunaan beberapa pangkalan untuk kegunaan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Tekonologi dan Sistem Untuk Mengatasi Bahaya Kapal Selam

ASDIC

Hedgehog

Sistem Konvoi